Sukan Hari Ini

‘Bola Sepak Kita Makin Pelik’

KUALA LUMPUR: “Bola sepak kita makin pelik. Saya pun jadi keliru,” kata jurulatih, Mat Zan Mat Aris mengenai pelbagai isu yang mewarnai bola sepak negara kebelakangan ini.

Memetik laporan BH Online, beliau berpendapat beberapa insiden seperti keputusan menjenamakan T-Team dan menurunkan pasukan itu ke Liga Perdana, kegagalan Kedah mendapatkan lesen untuk bertanding pada Piala AFC serta penambahan kuota pemain import antara keputusan yang mencetuskan persoalan.

“Ada pasukan yang bersusah payah, bermain bermati-matian untuk kekal dalam Liga Super akhirnya diturunkan oleh persatuannya sendiri ke Liga Perdana.

“Ia tidak sepatutnya berlaku. Walau apapun alasan, tidak ada sebab untuk mereka mengambil tindakan sebegitu,” kata Mat Zan merujuk kepada keputusan Persatuan Bola sepak Negeri Terengganu (PBSNT) menjenamakan semula pasukan T-Team kepada Terengganu FC II (TFC II) dan menurunkan ‘gred’ mereka beraksi dalam Liga Perdana pada musim depan.

“Tidak salah melakukan penjenamaan semula tapi patut dikekalkan dalam Liga Super kerana matlamat sesebuah pasukan bertanding adalah mencapai tahap terbaik,” kata Mat Zan yang pernah membimbing Terengganu menjuarai Piala Malaysia pada 2001.

Selain itu, Mat Zan yang turut membantu Kuala Lumpur menjuarai Piala FA pada 1999 serta melonjakkan Melaka United daripada Liga FAM ke Liga Super pada 2016 hairan bagaimana Kedah boleh melepaskan peluang beraksi pada Piala AFC dengan begitu mudah.

“Kegagalan mendapatkan lesen bertanding pada Piala AFC menunjukkan seolah-olah Kedah tidak berminat menyertai pertandingan itu sedangkan mereka layak. Sepatutnya, Kedah mengambil peluang ini melonjakkan lagi pasukan itu ke satu tahap lagi selepas menjuarai Piala FA dan Piala Malaysia.

“Mereka sebenarnya mempunyai cukup masa untuk membuat permohonan. Macam mana pula boleh terlepas tarikh? Itu yang saya pelik,” katanya.

Isu penambahan kuota pemain import daripada empat kepada lima untuk pasukan Liga Super turut mencetuskan tanda tanya kepada jurulatih berpengalaman itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");