Perak Hari Ini

Bomba Bantu Mangsa Terperangkap Banjir Kilat di Lenggong

LENGGONG:Seramai 10 orang penduduk kampung dan 79 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dipindahkan setelah terperangkap dalam kejadian bajir kilat di Kampung Sumpitan pagi tadi.

Menurut sumber jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, panggilan kecemasan diterima pihaknya sekitar jam 11.24 pagi tadi setelah kawasan kampung dinaiki air.

Mangsa terdiri daripada 10 orang penduduk kampung iaitu empat wanita warga emas, dua wanita dan empat lelaki telah dipindahkan ke tempat pemindahan banjir sementara di Dewan Orang Ramai kampung Sumpitan.

Sementara itu seramai 97 pelajar UPSI iaitu 24 lelaki dan 73 perempuan sedang melakukan aktiviti berkhemah di River Side Camp Kampung tersebut telah terperangkap dan berjaya diselamatkan pihak penyelamat.

“Jumlah keseluruhan mangsa yang terdapat di pusat pemindahan banjir adalah seramai 57 orang terdiri daripada 18 keluarga.

“Pihak penyelamat membantu mangsa menaiki bot dan para pelajar UPSI telah dibawa keluar dan diserah kepada pihak pengurusan universiti,” kata sumber.

Ketua Operasi yang diketuai oleh PPgB Mohd Annuar Mohd Saff telah mengarahkan pihak penyelamat berpecah kepada tiga kumpulan bagi membantu mangsa di kawasan Kampung Sumpitan, Kampung Gelok dan kampung Banggol.

Setakat ini pemantauan terus dilakukan bagi membantu mangsa yang terjejas.

Turut hadir di kawasan kejadian Ahli Parlimen Lengong,Datuk Shamsul Nasarah dan Adun Kenering Datuk Tarmizi Idris.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");