Perak Hari Ini

Bot Dinaiki 15 Pelajar, Guru Terbalik

PULAU PANGKOR: Sebuah bot yang dinaiki 15 pelajar dan guru pengiring dilaporkan terbalik berhampiran Pantai Pasir Bogak, Pulau Pangkor, dalam kejadian yang berlaku 5.30 petang tadi.

Menurut sumber Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, berikutan kejadian itu jurumudi bot tersebut mengalami kecederaan patah pada bahagian tulang rusuk manakala seorang pelajar perempuan didapati dalam keadaan separuh sedar.

Manakala lapan lagi mangsa memerlukan rawatan lanjut serta enam mangsa lagi didapati selamat tanpa sebarang kecederaan.

“Sebuah bot membawa 15 orang penumpang iaitu pelajar dan guru pengiring telah terbalik ketika dalam perjalanan menghampiri Pasir Bogak.

“Kesemua mangsa telah berjaya diselamatkan oleh orang awam dan penjaga pantai yang berada di kawasan tersebut ketika kejadian,” katanya.

Terdahulu kesemua 59 pelajar dan guru pengiring difahamkan dalam perjalanan pulang setelah mengikuti aktiviti air di Pulau Giam ke Pasir Bogak dengan menaiki empat bot yang berasingan.

Jelas sumber, keadaan cuaca pada waktu kejadian mendung dan laut bergelora.

“Pihak EMRS telah bertindak membantu memberikan rawatan awal kepada mangsa tersebut dan kemudian dihantar ke hospital Manjung,” katanya.

Kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Manjung sejurus selepas operasi menyelamat tamat sekitar jam 7.08 malam tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");