Jenayah

Bukit Raja, Taman Rasah Dinaiki Air 1 Meter

KLANG: Kawasan sekitar Bukit Raja dan Taman Rasah, di sini dinaiki air hampir satu meter susulan hujan lebat awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, berkata pihaknya menerima maklumat pada jam 5 pagi tadi segera menghantar pasukan ke lokasi terbabit.

Katanya, sebuah lori terperangkap di hadapan pusat beli-belah AEON Bukit Raja namun, dua mangsa di dalam kenderaan itu berusia 43 dan 58 tahun berjaya keluar dalam keadaan selamat.

“Hujan lebat turut mengakibatkan air naik setinggi 0.9 meter di kawasan jalan raya dekat Taman Rasah.

“Bagaimanapun, kejadian tidak membabitkan mangsa,” katanya.

Mohd Sani berkata, keadaan banjir di kawasan terbabit setakat ini terkawal dengan air sudah sudah mulai surut.

Difahamkan, sebuah jentera bomba yang menjalankan kerja menyelamat turut terperangkap dalam banjir berhampiran AEON Bukit Raja.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");