Jenayah

Bunuh Kevin Morais: Enam Diperintah Bela Diri

KUALA LUMPUR – Enam lelaki diperintah membela diri oleh Mahkamah Kuala Lumpur sebentar tadi daripada pertuduhan membunuh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais dua tahun lepas.

Hakim Datuk Azman Abdullah memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

“Setelah penelitian maksimum dengan rujukan kes-kes tersohor, mahkamah memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie ke atas semua tertuduh dengan niat bersama.

Dengan ini keenam-enam tertuduh dipanggil untuk membela diri,”katanya memetik laporan Sinar Harian.

Kolonel Dr R Kunaseegaran, 54, R Dinishwaran, 25; AK Thinesh Kumar, 24; M.Vishwanath, 27; S. Nimalan, 24 dan S Ravi Chandaran, 46, sebelum ini mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh Kevin Morais antara jam 7 pagi dan 8 malam, 4 September 2015, antara Jalan Dutamas Raya Sentul dan No.1 Jalan USJ1/6D, Subang Jaya.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Saiful Edris Zainuddin manakala peguam peguam Datuk N Sivananthan dan Datuk Geethan Ram Vincent pula mewakili Kunaseegaran manakala V Rajehgopal mewakili Vishwanath, Nimalan, dan Ravi Chandaran; peguam M. Manoharan bertindak bagi pihak Dinishwaran dan Thinesh Kumar.

Mahkamah kemudian menetapkan enam hari iaitu pada 18, 19, 25 dan 26 Januari selain 22 dan 23 Februari tahun depan untuk prosiding perbicaraan membela diri.

Pihak pendakwaan memanggil 70 saksi pada perbicaraan kes itu yang berlangsung selama 57 hari.

Kevin Morais dilaporkan hilang pada 4 September 2015. Dia dilihat meninggalkan apartmennya di Menara Duta di sini dengan menaiki kereta Proton Perdana nombor pendaftaran WA6264Q.

Mayatnya ditemui di dalam sebuah tong dram yang disimen di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, dekat sini pada 16 September 2015.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");