Sukan Hari Ini

Chelsea atau Man United: 5 Faktor Boleh Menang

LONDON: Pertembungan dua gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) antara penyandang juara, Chelsea dan Manchester United awal pagi esok pastinya menjanjikan aksi hebat kedua-dua pasukan.

Kedua-duanya mahu memburu kemenangan di Stamford Bridge bagi mengukuhkan kedudukan untuk menghambat Manchester City di puncak liga. Berikut adalah analisis faktor yang dilihat mampu mempengaruhi keputusan aksi penuh mendebarkan ini.

5 sebab Manchester United boleh menang ke atas Chelsea:

1) Kerapuhan benteng Chelsea

Pertahanan Chelsea gagal memperagakan aksi terbaik musim ini selepas menjadi ‘lubuk’ dan dibolosi dalam enam daripada 10 perlawanan liga.

2) Prestasi cemerlang David de Gea

Penjaga gol Sepanyol itu mengekalkan reputasi sebagai penjaga gol terbaik di England apabila tidak dibolosi dalam lapan daripada 10 aksi liga.

3) Bisa Henrikh Mkhitaryan.

Pemain sayap ini menjadi arkitek paling cemerlang buat United selepas berjaya melakukan lima hantaran gol setakat ini.

4) Kemasukan Nemanja Matic.

Bekas pemain tengah bertahan Chelsea ini dilihat menjadi antara faktor United kembali bangkit pada musim ini dan kehadirannya mampu menjadi tembok untuk menghalang Chelsea menguasai bahagian tengah.

5) Kemampuan Martial selaku ‘pengubah permainan’.

United memiliki Anthony Martial sebagai ‘gamechanger’ dengan kemasukannya sering mengubah nasib United, paling terbaru meledak gol kemenangan ke atas Spurs minggu lalu.

5 sebab Chelsea boleh menang ke atas Manchester United:

1) Kepulangan N’Golo Kante.

Pemain tengah bertahan ini dijangka akan kembali membarisi kesebelasan utama sekali gus mengukuhkan benteng pertahanan Chelsea.

2) Impak pemain simpanan.

Pemain simpanan seperti Michy Batshuayi dan Willian mampu memberikan bantuan luar jangka kepada Chelsea jika khidmat mereka diperlukan.

3) Rekod di laman sendiri menentang United.

Chelsea hanya tewas sekali dalam 15 perlawanan bertemu United di laman sendiri, menerusi sembilan kemenangan dan lima kali seri.

4) Kombinasi Sepanyol.

Cesar Azpilicueta berjaya melakukan empat hantaran gol pada musim ini dan semuanya adalah kepada Alvaro Morata yang setakat ini meledak enam gol dalam liga.

5) Semangat membara untuk bangkit.

Selepas dimalukan Roma 3-0 pada aksi Liga Juara-Juara pada pertengahan minggu, Chelsea sudah pasti mahu bangkit untuk mendapatkan rentak bagi terus menghambat kelompok atasan liga.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");