Berita Hari Ini

Cuepacs Minta Kerajaan Semak Semula Imbuhan Tetap Khidmat Awam

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan mempertimbangkan semakan semula Imbuhan Tetap Khidmat Awam bagi meringankan beban penjawat awam yang berdepan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Memetik laporan Bernama, Presidennya Datuk Azih Muda berkata  Ceupacs turut meminta kerajaan mengkaji semula Elaun Perumahan Wilayah untuk penjawat awam di Sabah dan Sarawak yang tidak  disemak sejak lebih  10  tahun  lepas.

“Dalam pada itu, kerajaan juga perlu menggantikan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang telah dibatalkan kerana sistem saraan baru perkhidmatan awam yang dikenali sebagai SST (Sistem Saraan Transformatif) yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun 2013 tidak merangkumi   semua  skim perkhidmatan awam,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri  Program Bual Bicara di Wisma Bernama, di sini hari ini.

Azih berkata cadangan Cuepacs itu adalah berdasarkan kepada situasi ekonomi sekarang yang memberi kesan kepada penjawat awam akibat kenaikan harga barang justeru kerajaan wajar melakukan semakan  gaji  dan imbuhan penjawat awam bagi mengurangkan tekanan hidup yang mereka hadapi.

Untuk rekod, Imbuhan Tetap Khidmat Awam tidak disemak semula  oleh kerajaan sejak sedekad yang lepas, dan Ceupacs berpendapat kerajaan perlu memberi perhatian terhadap kebajikan penjawat  awam  terutama  mereka yang berkeluarga, katanya.

Mengenai Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) , Cuepacs mendapat laporan bahawa sebanyak 48 peratus permohonan sehingga kini telah ditolak kerana tidak memenuhi kriteria gaji yang ditetapkan LPPSA.

Sehubungan itu, Cuepacs mencadangkan agar kadar faedah pinjaman LPPSA dikurangkan daripada empat peratus kepada hanya satu peratus bagi membolehkan lebih ramai penjawat awam memiliki  rumah  idaman, kata Azih.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");