Isu Panas, Perak Hari Ini

Dakwaan Anugerah Dibayar, Pembangkang Pakai Srategi Politik Picisan: MB Zambry

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyelar tindakan pembangkang khususnya Amanah Perak kerana memfitnah beliau kononnya terdapat sejumlah bayaran dibuat bagi mendapatkan anugerah Ikon ‘Game Changer’.

Katanya, tindakan ini dapat dilihat sebagai suatu strategi politik picisan dan murahan dariapada pihak pembangkang.

Tidak faham dengan sejauh mana ‘kefahaman’ kepimpinan Amanah Perak, padahal sebelum ini The BrandLaureate sudah mengeluarkan kenyataan berkaitan dakwaan mereka.

“Saya tidak tahu apa tujuan mereka yang tidak habis-habis memainkan isu ini walaupun ianya telah dijawab oleh BrandLaureate.

“Tidak cukup dengan kenyataan-kenyataan berbaur fitnah dan maki-hamun, saya juga mendapati mereka menyunting video sidang akhbar saya sebelum ini untuk memberi gambaran seolah-olah saya mengaku yang anugerah itu memang dibeli,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak berkata motif pembangkang bertindak sedemikian ialah lebih kepada serangan yang bertujuan mahu membunuh kariernya.

Selain itu katanya, kepimpinan Amanah Perak dilihat mahu mengambarkan seolah-olah beliau kononnya tamak akan penganugerahan.

“Lebih mendukacitakan, bahasa yang digunakan juga tidak beradab.

“Ada satu video yang saya terima, ketika mana saya tidak mahu menjawab (isu ini), mereka mengatakan (jawapan dan pendirian yang saya tidak mahu menjawab itu seperti saya) ‘mabuk minum toddy’.

“Inikah kepimpinan parti yang katanya membawa perubahan bersama Islam?

“Mereka ini saya lihat terlalu terdesak dan sangat menjengkelkan,” tegasnya.

Tegasnya lagi, The BrandLaureate yang seharusnya menjawab tuduhan itu kerena ia didakwa dibayar kepada mereka, dan bukannya beliau.

“Kamu tidak beri The BrandLaureate menjawab sedangkan kamu mengatakan bayaran dibuat kepada The BrandLaureate untuk mendapat pengiktirafan ini, dan saya tak suruh The BrandLaureate menjawab.

Zambry berkata rakyat harus membuat penilaian kepada ‘jenis karater’ pihak pembangkang ini khususnya dalam suasana Pilihanraya Umum yang bakal menjelang.

“Kita lihat pemimpin mereka diperingkat nasional pun suka memaki hamun, sehingga melemparkan mikrofon ketika berceramah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Mesyuarat Exco di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, pada Rabu.

 

Pada perkembangan sama, Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi telah tampil membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia (SPRM) Perak, berkenaan isu ini.

Dalam pertemuan selama 1 jam 30 minit itu, Asmuni berkata pihaknya dikatakan telah menyerah segala dokumen dan baucar bayaran yang didakwa bernilai RM381,113.86 kepada SPRM.

“Kita berharap siasatan menyeluruh dapat dilakukan sama ada kepada pihak MB Inc mahupun Datuk Seri Dr Zambry,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");