Perak Hari Ini

Dakwaan Bajet Negeri Perak Defisit, Tak Tepat-MB Perak

IPOH:Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menegaskan pembentangan bajet Negeri 2018 berasaskan fakta, analisis yang benar secara rasmi dan bukanya rekaan atau pembohongan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan ADUN Kepayang, Nga Kor Ming yang menyifatkan pembentang bajet negeri 2017 bersifat defisit, kemerosotan rezab negeri dan tiada penambahan hasil negeri.

“Sebaik mana pembentangan bajet itu mereka akan tetap mengatakan sebaliknya oleh itu mereka akan menyatakan sesuatu yang tidak baik,” katanya.

Katanya dakwaan tiada pertambahan hasil negeri adalah tidak tepat kerana menerusi rekod penambahan hasil dicatatkan daripada RM700 juta pada tahun 2010 dan meningkat kepada RM1.011 bilion pada tahun 2016.

“Bagaimana dakwaan bahawa Bajet 2017 adalah defisit sedangkan laporan kewangan 2017 belum lagi tamat dan laporan kewangan bagi tahun ini hanya siap apabila berakhirnya tahun ini.

“Mereka memutarbelitkan angka dan fakta, memang Kerajaan Negeri membentangkan belanjawan defisit tetapi penyata kewangan sebenar setiap tahun merekodkan lebihan surplus,” katanya dalam satu sidang media pada sesi persidangan dewan negeri hari ini.

Katanya, sejak tahun 2009 penyata kewangan negeri yang telah diaudit menunjukkan lebihan seperti berikut 2009 (RM9.55 juta)2010 (RM30.39 juta) 2011 (RM25.72 juta)2012 (RM18.49 juta) 2013(RM13.13 juta)2014 (RM7.73 juta) 2015 (RM7.59 juta) dan tahun 2016 sebanyak RM4.42 juta.

“Saya tidak tahu dari mana Kepayang mendapat cara menganalisa dengan membuat manipulasi, pengeliruan dan ia satu tindakan tidak bertanggungjawab,” katanya.

Sementara itu dakwaan Adun Sitiawan Ngeh Koo Ham bahawa rezab negeri tidak bertambah adalah berbeza daripada segi angka apabila kedudukan rezab negeri Perak termasuk tunai sehingga 21 November 2017 adalah sebanyak RM1.1 bilion.

“Rezab ini mencatatkan kenaikan sejak 2010 dan menunjukkan perkembangan positif, pada tahun itu rezab dan tunai negeri adalah RM726 juta dan meningkat kepada RM781 juta pada tahun 2011.Pada tahun 2012 rezab negeri adalah sebanyak RM808 juta dan terus meningkat kepada RM841 juta pada tahun 2013.

“Manakala pada tahun 2014 dan pada tahun 2015 adalah pada RM952 juta serta pada tahun 2016 rezab dan tunai adalah sebanyak RM951 juta malah meningkat sehingga RM1.1 bilion sehingga 20 November 2017,” katanya.

Katanya ia menjadi dasar dalam bajet dan sama sekali tidak boleh disifatkan sebagai satu pembohongan semasa penyampaikan bajet negeri 2018.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");