Berita Hari Ini

Dakwaan Pelabur Asing Henti Operasi Tidak Benar

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan menafikan dakwaan ramai pelabur asing yang sedia ada telah berhenti menjalankan operasi mereka di negara ini, ataupun berpindah ke negara lain.

“Hanya lapan buah syarikat majoriti milikan asing dalam sektor perkilangan telah ditutup operasi mereka di Malaysia bagi tempoh Januari hingga Oktober 2017,” menurut kementerian itu dalam jawapan bertulis yang diedarkan kepada pihak media, di Dewan Rakyat hari ini.

Ia bagi menjawab soalan lisan Sim Tong Him (DAP- Kota Melaka) yang ingin mengetahui sama ada benar terdapat banyak pelabur asing yang sedia ada telah berhenti menjalankan operasi mereka ataupun berpindah ke negara lain.

Menurutnya antara sebab penutupan operasi syarikat asing itu termasuk keadaan pasaran yang lemah berikutan penurunan dalam jualan dan permintaan syarikat, kemunculan teknologi baharu yang menggantikan teknologi dan produk sedia ada serta peningkatan kos pengeluaran.

“Sebab-sebab lain termasuklah bekalan bahan mentah yang terhad dan berkurangan, pengambilalihan oleh syarikat lain dan penstrukturan semula syarikat.

“Keyakinan pelabur asing baharu juga dapat dilihat daripada projek-projek baharu yang diluluskan dalam tempoh Januari -Jun 2017 seperti JCT Industries Group Sdn Bhd dan Kato Manufacturing (M) Sdn Bhd,” katanya lapor Bernama.

Beliau berkata, negara terus menerima masuk pelaburan langsung asing, umpamanya Robert Bosch (M) Sdn Bhd, dari Januari hingga Jun tahun ini.

Mengenai kedudukan negara asing dengan jumlah nilai pelaburan terbesar di Malaysia, Kementerian Kewangan berkata setakat 2016, Jepun berada pada kedudukan pertama, dengan jumlah pelaburan sebanyak RM88.5 bilion, diikuti Amerika Syarikat (RM71.9 bilion) dan Singapura (RM39.2 bilion)

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");