Isu Panas

Dakwaan RM90 juta: TPM Zahid Minta Ambiga Tunjuk Bukti

“Dari dulu kita tahu sikap Ambiga ini yang hanya berani di belakang dan tak berani bila di depan. Kalau dia terus elak bertemu wartawan, ertinya dia tidak punya keberanian.
“Kalau berani, tunjukkan bukti. Oleh kerana perkara ini dah terdedah, dia perlu berani bertanggungjawab terhadap semua data”.
Itu antara kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi mengulas pengakuan  editor Sarawak Report ,Clare Rewcastle-Brown dalam dokumen di mahkamah bahawa Datuk S. Ambiga memberi maklumat mengenai dakwaan pemimpin PAS menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri.
Bercakap dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) baharu di Bukit Kayu Hitam Khamis,Zahid kata Ambiga tidak seharusnya bersikap ‘membaling batu dan sembunyi tangan’.
Dokumen berkenaan difailkan Clare Rewcastle-Brown susulan saman fitnah Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang terhadap beliau pada 21 April lalu.
Ekoran pendedahan itu, Ambiga masih berdiam diam diri dan enggan mengulas perkara itu.

Usaha kalangan wartawan untuk temui beliau di rumah dna pejabatnya juga gagal.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");