Jenayah

Datuk Seri Belasah RELA Didakwa Atas Empat Tuduhan, Kemudian Ditahan Semula Atas Kes Dadah

KEMASKINI : Bebas hanya seketika… Datuk Seri yang belasah tiga anggota RELA di Ampang ditahan semula atas kes dadah pula selepas didakwa di mahkamah petang Jumaat atas empat tuduhan yang bawa hukuman maksimun penjara tujuh tahun dan denda.
Datuk Seri Liow Soon Hee yang berusia 29 tahun itu ditahan semula selepas bayar jaminan untuk kes belasah anggota RELA itu di Mahkamah Majistret Ampang dimana dia didakwa.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi Kuala Lumpur kata dia ditahan atas kes dadah pada 2014.
Dia dijangka direman esok Sabtu untuk siasatan kes berkenaan.
Datuk Seri yang belasah tiga anggota RELA yang bertugas di sebuah tokong di Kampung Baru Ampang Jumaat lalu didakwa atas empat tuduhan yang bawa hukuman maksimun penjara tujuh tahun dan denda.
Datuk Seri Liow Soon Hee yang berusia 29 tahun itu didakwa di Mahkamah Majistret Ampang petang Jumaat.
Dia mengaku tidak bersalah atas semua tuduhan.
Tuduhan dibacakan di depan Hakim Azrul Darus.
Beliau membenarkan tertuduh diikat jamin RM17,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan dilarang mengganggu mangsa.
Sebutan semula kes itu ditetapkan pada 14 Disember ini.
Bagi kesalahan pertama, Soon Hee didakwa menyebabkan cedera parah terhadap Lee Weng Poh, 27, di perkarangan Tokong Kou Ong Yah, Jalan Merdeka, Kampung Baru Ampang, di sini, pukul 6.30 pagi, 27 Oktober lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Soon Hee turut didakwa menyerang penjawat awam, Melvin Cheong Mun Khai, 19, yang sedang menjalankan tugas sebagai anggota rela, di tempat, masa dan tarikh sama. Dia didakwa mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Bagi pertuduhan ketiga dan keempat, dia didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Leong Jun Jie, 21 dan Mun Khai, di tempat, masa dan tarikh sama serta didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya.
Selain kes ini,mangsa juga telah membuat laporan kepada SPRM dakwa wakil Datuk Seri itu cuba sogok mereka RM10,000 seorang agar tarik balik laporan polis terhadapnya.
Dia juga disahkan positif dadah semasa ujian air kencing dijalankan keatasnya oleh polis waktu ditahan Isnin lalu.
Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim kata dia turut mempunyai rekod kes lampau berkaitan dadah
Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");