Sukan Hari Ini

Diaz Kembali Sertai JDT?

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) memberi bayangan akan membawa kembali pemain sensasinya, Jorge Pereyra Diaz bagi memperkuatkan pasukan itu musim depan.

Melalui satu entri di Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers, mereka telah memuat naik gambar Diaz berserta kapsyen ‘Welcome back Champ. The Beast. 2018’.

Entri ini telah mendapat perhatian positif penyokong-penyokong JDT yang rata-rata merindui aksi kepak ayam yang sinonim dengan penyerang kelahiran Argentina itu.

Ini sekali gus menguatkan berita bahawa pemain yang pernah menjadi penjaring terbanyak Liga Super musim 2016 akan kembali ke pangkuan JDT.

Sebelum ini, Diaz pernah mencipta kontroversi bersama JDT apabila memuat naik status yang kurang baik terhadap kelab itu selepas tidak menawarkan kontrak baharu kepada beliau.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim juga pernah mendedahkan Diaz merupakan seorang pemain yang sukar dikawal dan memiliki sikap ‘diva’ sepanjang menyarung jersi Harimau Selatan.

Dalam pada itu, JDT turut mengumumkan pengguguran dua tonggak import musim lalu mereka, Gonzalo Cabrera dan Gabriel Guerra.

Pengarah Sukan JDT, Martin Prest menerusi satu kenyataan di laman Facebook tersebut berkata, walaupun dua pemain ini tidak lagi bersama JDT, namun mereka akan kekal menjadi sebahagian daripada kelab itu di masa akan datang memetik laporan Sinar Harian.

“Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Gonzalo Cabrera dan Gabriel Guerra. Pintu Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sentiasa terbuka untuk kedua-dua pemain ini dan kami yakin mereka akan menjadi sebahagian dari kelab ini pada masa akan datang.

“Mereka berdua sangat profesional di dalam dan di luar padang dan kami beruntung mempunyai kedua-dua pemain ini yang menjadi sebahagian daripada projek Kelab Bolasepak JDT.

“Terima kasih dan tahniah juga diucapkan dalam membantu JDT memenangi kejuaraan Liga Super dan Piala Malaysia baru-baru ini. Syabas dan selamat maju jaya kepada Gonzalo Cabrera dan Gabriel Guerra,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");