Laporan Eksklusif

Dihimpit Masalah Sosial: Jangan Tuding Jari, Bantu Kerajaan Tangani Jenayah

Masalah sosial yang semakin berleluasa di Negara kita menyebabkan rakyat serta kerajaan sentiasa dihimpit kebimbangan. Apa yang lebih membimbangkan, gejala sosial yang melanda Negara ini telah melibatkan kanak-kanak sebagai pelaku.

Nampaknya, sudah tiba masa untuk kerajaan mewujudkan satu pendekatan yang lebih inklusif, tegas dan memberi impak mendalam bagi menangani masalah sosial.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2018 baru-baru ini menegaskan bahawa penekanan akan diberikan kepada usaha memperkukuhkan institusi kekeluargaan melalui penubuhan Institut Penyelidikan Sosioekonomi (SERI).

Pendekatan itu dilihat sebagai langkah pertama kerajaan dalam pelaksanaan Agenda Sosial Negara yang diyakini berupaya menangani masalah sosial untuk jangka masa panjang di negara ini.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyambut baik penubuhan SERI dimana ia dianggap untuk melihat isu sosioekonomi terutamanya de­ngan penglibatan Institut Kajian Etnik (Kita) di UKM.

Mungkin sebelum ini kerajaan lebih mengambil pendekatan kepada penyelesaian agenda sosial, perlu dibuat kajian yang besar melibatkan pakar-pakar untuk melihat permasalahan yang dihadapi pada masa ini.

Namun di tahap sekarang, aspek pencegahan lebih penting bagi mengelak Negara terus dihimpit peningkatan masalah sosial.

“Terdapat banyak statistik me­nunjukkan gejala dadah, jenayah juvana, ponteng sekolah, buli, anak luar nikah, penceraian dan sebagainya. Perlu ada metodologi untuk melihat apakah punca masalah-masalah sosial ini serta penyelesaiannya. Saya harap SERI dapat membuat kajian dalam masa terdekat dan melakukan audit terhadap program sedia ada.

“Kita kena berani untuk me­ngakui bahawa ada program yang kita lakukan tidak berjaya. Sebab itu kita masih dibelenggu dengan masalah sosial yang begitu banyak.

“Kita perlu kepada pendekatan dan pemikiran yang segar dan ja­ngan berpegang pada program-program yang mungkin sudah lapuk keberkesanannya. Saya rasa tidak ada sacred cow atau ‘lembu suci’ dari segi program dan pendekatan yang tidak boleh dihentikan atau ditamatkan untuk mengambil pendekatan yang baharu,” katanya menerusi temubual bersama Utusan Malaysia.

Apa yang paling membimbang, masalah ini semakin susah untuk kita bendung kerana teknologi. Dahulu memang wujud gejala sosial, tetapi hari ini, gangguan dan juga tekanan serta mungkin um­panan yang datang daripada mereka yang terlibat dalam media sosial ini terhadap belia-belia lain, sangat bahaya.

Sebab boleh sampai terus kepada telefon mereka. Penjualan dadah melalui WhatsApp atau WeChat. Ini bahaya, sebab yang menjadi sasaran adalah pelajar-pelajar sekolah dan remaja.

Jenayah yang bermula dari media sosial sememangnya sesuatu yang menakutkan. Bayangkan anak-anak kita boleh terjebak dengan jenayah tanpa disedari.

Di peringkat sekolah rendah, sudah mula jual gula-gula yang ada sedikit bahan dadah supaya ketagih. Ini melibatkan remaja dan kanak-kanak yang seusia dengan anak saya sendiri. Kalau kita tidak serius dalam perkara ini, sampai TN50 mungkin kita ada sebahagian yang berjaya tetapi sebahagian lagi jauh ketinggalan.

Ya, sebab itulah saya istilahkan sebagai bom jangka. Kalau kita tidak buat sesuatu hari ini, kita kena bayar kosnya pada kemudian hari. Dari segi kos pemulihan, dari segi kos keruntuhan keluarga, ra­watan penagih dadah dan penjara.

Jangan hanya salahkan kerajaan sebaliknya setiap daripada rakyat perlu buat sesuatu. Ibu bapa perlu lebih sentiasa memantau pergaulan anak-anak di media sosial, guru-guru pula pula diharap prihatin dengan tingkah laku pelajar serta tidak mendiskriminasikan pelajar yang bermasalah dan masyarakat sekeliling juga diharap membuka mata dan telinga dengan sebarang kegiatan jenayah dikawasan berhampiran.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");