Jenayah

Dipenjara Setahun Sebab Pecah Rumah, Curi Televisyen

KUALA TERENGGANU – Tindakan berani seorang pemuda memecah masuk sebuah rumah sebelum mencuri sebuah televisyen dan duit syiling membawa padah apabila dijatuhi hukuman setahun penjara oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, di sini, hari ini.

Hukuman dibuat selepas tertuduh, Muhammad Yuri Musa, 25, dari Kampung Tok Pa Tepoh, Kuala Nerus, mengaku salah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah memetik laporan Sinar Harian.

Tertuduh mengaku salah memecah rumah dan mencuri sebuah televisyen LCD 42 inci serta duit syiling milik Mohd Hosni Hamad @ Awang, 33, yang bernilai keseluruhan RM1,000.

Dia mengaku salah melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Kampung Bukit Nenas, Batu Rakit, Kuala Nerus, kira-kira jam 8 malam, pada 16 November lalu.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");