Jenayah

Dituduh Rantai Leher Kanak-Kanak Pada Tong Gas

KUANTAN – Pasangan suami isteri dituduh di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini bagi kesalahan menganiaya kanak-kanak berusia 10 tahun dengan merantai lehernya pada tong gas di kediamannya di Indera Mahkota, Oktober lalu.

Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan dan mereka kelihatan tenang selepas pertuduhan dibicarakan lapor Sinar Harian.

Hakim, Datuk Unaizah Mohd membenarkan ikat jamin sebanyak RM6,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin.

Sementara itu, Unaizah menetapkan 9 Januari 2018 sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan.

Terdahulu, akhbar melaporkan, seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ditemukan bukan sahaja berbogel malah tidak sedarkan diri serta lehernya dirantai pada tong gas di sebuah rumah di Indera Mahkota.

Perbuatan tersebut dilakukan bapa tiri kanak-kanak berkenaan kerana dikatakan tidak tahan dengan kedegilan kanak-kanak itu yang tidak ke sekolah.

Lelaki tersebut merupakan seorang anggota tentera dan ibu kandungnya telah ditahan serta direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-kanak (Pindaan) 2016.

Mereka kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");