Membawang Hari Ini

Drake Beri Amaran Mahu Belasah Penonton ‘Kaki Raba’

Penyanyi rap popular Amerika Syarikat, Drake mengancam untuk membelasah seorang lelaki yang didakwa meraba penonton wanita.

Laporan BBC mengatakan bekas kekasih Rihanna itu mengeluarkan amaran tersebut dalam konsert jelajahnya di kelab malam Marquee di Sydney.

Dalam satu rakaman yang tular, Drake memberi arahan kepada DJ (disc jockey) untuk menghentikan muzik supaya beliau boleh bercakap dengan jelas.

“Yo, berhenti buat macam tu (meraba). Kalau awak tak berhenti meraba (penonton) perempuan, saya akan turun (dari pentas) dan belasah awak,” kata Drake tanpa selindung.

Amaran Drake lantas mendapat sokongan dan sorakan penonton dan sesetengah pelayar mendakwa lelaki yang dituduh Drake juga dihalau dari konsert.

‘Usaha’ Drake ‘memelihara kehormatan kaum wanita’ nyata mendapat sokongan dan pujian warga laman sosial.

“Saya semakin bertambah suka kepada Drake,” kata Mary di laman Twitter.

Bagaimanapun, Drake bukanlah satu-satunya artis yang marah dengan gelagat sesetengah penonton.

Bulan lepas, penyanyi Loyle Carner memalukan dan menghalau seorang penonton lelaki yang mengeluarkan komen seksis terhadap penari latar wanita semasa konsertnya di East Anglia, Norwich.

Ogos lalu pula, kumpulan Architects menghentikan persembahan sebentar untuk mengecam tindakan seorang penonton lelaki yang memegang buah dada seorang penonton wanita.

“Saya nampak seorang wanita sedang ‘crowd surfing’ di sana. Saya tak akan cakap siapa (yang meraba) tapi saya nampak awak pegang buah dada dia,” kata penyanyi Architects, Sam Carter ketika itu.

“(Tindakan) awak menjijikkan,” kata Sam yang ketika itu mengadakan konsert sempena Lowlands Festival di Biddinghuizen, Amsterdam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");