Membawang Hari Ini

Dua Lagu Ajai, Syamel Mara Ke AJL32

SHAH ALAM: Ajai dan Syamel bakal mempertaruhkan dua lagu ciptaan masing-masing pada pertandingan berprestij, Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-32, Februari depan.

Memetik laporan BH Online, dua lagu ciptaan Ajai adalah Separuh Matiku Bercinta dendangan Dayang Nurfaizah dan Akhiri Cinta, nyanyian Salma dengan lirik dihasilkan Slen.

Karya ciptaan Syamel pula adalah Lebih Sempurna dan lagu duet, Aku Cinta yang dinyanyikan bersama Ernie Zakri.

Mengiringi empat lagu itu adalah Sejati dendangan Azmi & Caliph Buskers yang dicipta Faizal Tahir dan Mike Chan; Jampi (Hael Husaini); Amboi (Altimet/Navigator); Aku Yang Sebenar (Hazama/Datuk M Nasir/Ad Samad) dan Tergantung Sepi (Haqiem Rusli/Gouffran/Ibnu).

Tidak ketinggalan berentap di pentas AJL32 adalah lagu Bayang (Khai Bahar/Alam Harry Khalifah/Patrick Anahoda); Menahan Rindu (Wany Hasrita/Ubnu/Gouffran) dan Warkah Untukku (Ara/Hang Nadim/Laq).

Senarai 12 lagu itu diumumkan sebaik berakhirnya separuh akhir ketiga, Muzik Muzik 32 (SFMM32) di Plaza Alam Sentral di sini, malam tadi.

Sejak tiga minggu lalu, SFMM32 menyaksikan 30 karya dipertandingkan di hadapan juri profesional. Setiap minggu, sebanyak 10 lagu dipersembahkan peserta secara langsung.

Terdahulu, kumpulan 6ixth Sense, Tam Spider dan Bunkface menghiburkan penonton sebelum keputusan diumumkan.

SFMM32 yang disiarkan secara langsung oleh TV3 menampilkan pasangan Hefny Sahad dan Sherry Al-Hadad sebagai pengacara.

Menurut laporan mStar Online, peringkat separuh akhir itu diadakan selama tiga minggu bermula 29 Oktober lalu dan kesemua lagu bertanding diadili oleh juri profesional.

Mereka adalah AG (Coco), Azmeer, Edrie Hashim, Helen Yap, LY, Pak Ngah manakala Datuk Mokhzani Ismail selaku ketua juri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");