Perak Hari Ini

DUN Perak Lulus Bajet ‘Rakyat Aman Dan Jaya’

IPOH: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini meluluskan Enakmen Perbekalan 2018 atau Bajet Negeri Perak 2018 setelah dibahaskan empat hari oleh hampir kesemua wakil rakyat daripada Barisan Nasional (BN) dan pembangkang.

Bajet 2018 Perak berjumlah RM1.17 billion yang mula dibentang pada 21 November lalu mengangkat ‘Rakyat Aman dan Jaya’, sebagai tema.

Daripada peruntukan itu, sebanyak RM775.5 juta disediakan bagi perbelanjaan mengurus manakala RM421.28 juta pula bagi perbelanjaan pembangunan.

Ketika sesi membentangkan bajet itu di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata bajet berkenaan memberi tumpuan kepada lima fokus utama.

Lima fokus tersebut antaranya, memacu pembangunan dan ekonomi negeri; memakmur dan mensejahterakan rakyat; melahirkan masyarakat berilmu dan generasi cemerlang; mengutamakan sara diri rakyat serta memulihara kelestarian sumber dan khazanah negeri.

Seperti mana yang diusulkan Zambry yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, persidangan tersebut ditangguhkan kira-kira jam 9.25 malam ke satu tarikh yang akan ditetap kelak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");