Berita Hari Ini

Ekonomi Malaysia 6.2% Suku Ke-3, Terbaik Sejak 2014

KUALA LUMPUR – Ketika pembangkang mendakwa konon ekonomi Malaysia ‘hancur’ demi menakutkan rakyat dan hasut benci kerajaan Barisan Nasional, lain hal sebenarnya berlaku!

Bank Negara Malaysia (BNM) dalam laporannya di sini pada Jumaat mengesahkan ekonomi negara terus mencatatkan prestasi kukuh dengan mengatasi jangkaan pada kadar 6.2 peratus untuk suku ketiga 2017.

Pertumbuhan kukuh 6.2 peratus itu adalah yang paling baik sejak suku kedua 2014, kata Gabenor BNM, Tan Sri Muhammad Ibrahim ketika sidang akhbar pengumuman Prestasi Ekonomi Suku Ketiga tahun 2017.

Beliau seterusnya berkata bahawa pertumbuhan pesat tersebut disokong oleh permintaan domestik dan peningkatan eksport yang kukuh.

Muhammad berkata, semua sektor ekonomi terus mencatatkan pengembangan pada suku dikaji, dengan sektor perkhidmatan dan pembuatan kekal sebagai pemacu pertumbuhan.

“Dengan prestasi pertumbuhan ini, ekonomi Malaysia berada pada kedudukan mantap untuk mencatatkan pertumbuhan kukuh bagi keseluruhan 2017,” kata beliau lagi.

Muhammad ketika membentangkan laporan terbaharu tersebut berkata, dalam masa yang sama pada suku ketiga, kadar inflasi juga didapati berkurangan kepada 3.8 peratus.

Mata wang ringgit turut terus mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada suku dikaji, disokong perkembangan domestik. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");