Jenayah

Empat Sahabat Cedera Kereta Langgar Tapir

KEMAMAN: Empat sahabat tercedera apabila kereta Perodua Axia dinaiki, terlanggar seekor tapir dewasa sebelum kenderaan itu terbabas, berpusing dan terbalik sejauh lebih 15 meter dari haiwan itu, awal pagi tadi.

Menurut laporan Sinar Online, kejadian berlaku pada kira-kira jam 6.15 pagi di Kilometer (KM) 281 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), arah ke Kuala Terengganu berhampiran Plaza Tol Chukai di Kampug Pasir Gajah.
Ketika kejadian, keempat-empat mangsa, Mohd Al Hakim Johari, 24; Mohd Nazri Mohd Nuri, 22; Mohd Syawal Rashid, 26, dan Mohd Hanif Ghazali, 25, dalam perjalanan pulang bercuti ke kampung mereka di Kelantan dari Johor.
Bagaimanapun, setibanya di lokasi kejadian, mereka dikejutkan dengan kehadiran tapir dewasa itu yang dipercayai sedang melintas hingga kereta dipandu gagal mengelak berikutan jarak dengan binatang itu terlalu dekat.
Akibat rempuhan, Perodua Azia dinaiki kesemua mangsa hilang kawalan ke arah kiri lebuh raya lalu berpusing dan terbalik, sebelum mereka keluar menyelamatkan diri.

Kemalangan itu turut mengakibatkan haiwan itu mati di tempat kejadian.
Sepasukan lapan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheneh segera berkejar ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 6.26 pagi.

Penyelia BBP Cheneh, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohd Sabari Taib berkata, pasukannya yang bergegas ke lokasi dengan kekuatan dua jentera mendapati kesemua mangsa sudah berada di luar kenderaan sebaik mereka tiba di tempat kemalangan pada jam 6.45 pagi.

“Kita membantu mengeluarkan barangan peribadi milik mangsa daripada kereta yang terbalik sebelum mengusung kesemua mangsa yang mengalami kecederaan ke dalam ambulans Klinik Kesihatan Cheneh.

“Ini adalah kes pertama melibatkan kemalangan dengan haiwan liar yang kita kendalikan,” katanya.

Mohd Sabari berkata, kesemua mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Kemaman untuk menerima rawatan.

Katanya, pihaknya melakukan kerja mengalihkan bangkai tapir itu dari tepi jalan dan pembersihan sisa kemalangan bagi memastikan laluan itu selamat dilalui.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");