Membawang Hari Ini

Erma Fatima Umum Berhenti Bertanding ASK

KUALA LUMPUR: Setelah 25 tahun berada dalam industri, penerbit dan pengarah Erma Fatima mengumumkan tidak mahu bertanding lagi di Anugerah Skrin (ASK) pada masa akan datang.

Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad, 49, berkata, dia mahu memberi laluan dan peluang kepada pengarah lain selepas lima kali memenangi kategori Drama Terbaik dan Pengarah Terbaik dalam anugerah berkenaan.

“Sudah cukuplah untuk saya bertanding di ASK, saya nak beri peluang kepada pengarah-pengarah yang baru pula.

“Saya tidak akan hantar pencalonan peribadi saya, tapi jika karya tersebut dipertandingkan untuk pelakon dalam drama itu saya tiada masalah,” ujarnya memetik laporan mStar Online.

Drama terbitan Erma berjudul Drama Pesan Dari Tuhan diangkat sebagai Drama Terbaik pada Anugerah Skrin 2017 (ASK2017) yang diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Jumaat.

Dalam pada itu, mengulas tentang kemenangan drama tersebut, Erma berkata, dia mengakui kecewa apabila pelakon utama Azhan Rani tidak berjaya memenangi anugerah dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik Drama.

Katanya, faktor utama kekuatan drama itu adalah menerusi barisan pelakonnya.

“Saya kecewa bila ramai pelakon-pelakon drama ini tidak berjaya bawa balik anugerah kerana bagi saya kemenangan malam ini adalah atas kekuatan mereka.

“Ada cerita di sebalik drama ini yang mana saya simpan selama dua tahun berikutan stesen televisyen TV3 menolak atas sebab tertentu. Tapi bila Azhan Rani memuat naik satu babak di Instagramnya dengan harapan untuk melihat drama itu di televisyen ia membuatkan saya sedar bahawa saya hanya mementingkan diri sendiri.

“Jadi saya cuba nasib untuk menghantar drama itu di RTM pula, dan Alhamdulillah ia diterima dan akhirnya menang pada malam ini,” ujarnya.

Telemovie Pesan Dari Tuhan ditayangkan pada 26 Jun lalu di saluran TV2.

Antara barisan pelakon drama berkenaan ialah Ellie Suriati, Azhan Rani, Remy Ishak dan Izreen Azminda.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");