Sukan Hari Ini

FAM Bimbang Hilang Slot Piala AFC

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) diberi tempoh sehingga Khamis ini untuk menilai semula keputusan mereka yang enggan menggantikan Kedah bagi slot Piala AFC dengan tindakan berat bakal menanti pasukan itu.

Sebelum ini, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim membayangkan isu penolakan skuad Tok Gajah itu akan dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin badan induk itu untuk tindakan selanjutnya.

Menurut Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, PBNP diberi tempoh baru untuk memikirkan semula keputusan mereka selepas Kedah yang juga juara Piala FA musim ini gagal mendapatkan lesen AFC.

Ia sekali gus menyaksikan Kedah tidak dibenarkan untuk mewakili negara dalam saingan Piala AFC pada musim depan dengan Pahang selaku naib juara Liga Super dan Piala FA ditawarkan tempat ke kejohanan itu bersama Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Mereka diberikan masa sehingga 30 November ini (Khamis) untuk membuat keputusan. Kami tidak boleh mencalonkan pasukan lain selain Pahang untuk menggantikan Kedah kerana AFC tidak membenarkannya.

“AFC hanya membenarkan dua pasukan di tangga teratas Liga Super atau juara piala domestik menyertai Piala AFC. Peraturan itu jelas dan pasukan lain seperti Selangor atau PKNS FC yang mempunyai lesen AFC tidak boleh menggantikan Kedah.

“Sekiranya PBNP menolak tawaran itu, FAM bimbang kemungkinan ia akan memberi kesan kepada penyertaan kita di kejohanan sama pada masa depan,” katanya,menerusi laporan BH Online.

Seandainya Pahang tetap dengan keputusan untuk tidak mengisi kekosongan itu, AFC akan menyerahkan kuota berkenaan kepada negara lain dengan Malaysia kemungkinan hanya diberikan satu slot sahaja ke kejohanan itu selepas ini.

PBNP sebelum ini menolak tawaran berkenaan dengan memberi alasan untuk memberi sepenuh tumpuan kepada saingan liga domestik selain masalah kewangan.

Begitupun, Tunku Ismail menyifatkan keputusan yang diambil oleh persatuan berkenaan tidak tepat sambil menegaskan ia boleh dijadikan medan terbaik buat pemain muda tempatan untuk beraksi di saingan itu.

“Apa gunanya ada lesen AFC tetapi menolak untuk bertanding di kejohanan itu,” kata Tunku Ismail, Khamis lalu.

“Ia menunjukkan seolah pertandingan antarabangsa tidak penting dan lebih selesa dilabel ‘jaguh kampung’.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");