Membawang Hari Ini

Fathia Buat Hal Lagi, Kali Ini Sindir Perdana Menteri

SEBELUM ini, pelakon Nur Fathia dikecam ‘tidak bijak’ oleh netizen kerana tersalah tafsir tajuk berita berkenaan sistem tanpa tunai atau cashless.

Kali ini, Fathia yang merupakan penyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) buat hal lagi apabila dia dikatakan telah memerli Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menerusi tweet tersebut, kenyataan Fathia dilihat seperti mahu mengecam tindakan perdana menteri mengenai insiden banjir di wilayah utara tanah air.

Fathia atau nama sebenarnya, Nur Fathia Abd Latiff berbuat sedemikian dengan mengulang kicau (retweet) salah satu posting Najib yang mengadakan lawatan pasar di Lembah Pantai baru-baru ini.

“Assalamualaikum Prime Minister, tak pergi ke jenguk-jenguk #Penang?” tulisnya menerusi posting berkenaan.

Tindakan bodoh pelakon itu telah mendapat reaksi yang pelbagai daripada netizen tempatan menerusi media sosial.

Rata-rata antara mereka menganggap kenyataan Fathia seolah-olah tiada deria sensitiviti dan hanya mencari publisiti murahan.

Hmmm… Sebagai seorang public figure, Fathia seharusnya bersikap profesional dan pakai otak dalam bercakap. Bak kata peribahasa cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. – MYNEWSHUB.CC/AM

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");