Perak Hari Ini

Galeri Banjar Bakal Dibina Tahun Hadapan

IPOH: Sebuah muzium ataupun galeri kebudayaan untuk masyarakat Banjar bakal dibina di daerah Kerian pada tahun hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan,Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata beberapa kawasan yang dirasakan berpotensi untuk dibangunkan juga telah dikenal pasti.

“Galeri ini akan kita usahakan bersama-sama dengan Majlis Daerah Kerian, dan ianya juga akan dikelokan di bawah pengurusan Lembaga Muzium Negeri Perak,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Undangan Negeri Sham Mat Sahat (BN-Alor Pongsu) di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, hari ini.

Pada masa sama, Norlee juga berkata beberapa potensi pelancongan lain di Kuala Gula juga akan diterokai dan akan diketengahkan pada masa hadapan.

Terdahulu, media tempatan ada melaporkan kerajaan negeri telah meperuntukkan sebanyak RM100,000 bagi pembangunan galeri tersebut yang dikatakan telah tertangguh.

Norlee juga berkata inisiatif itu merupakan sebahagian usaha kerajaan negeri bagi memartabakan adat dan kebudayaan unik masyarakat Banjir yang dilihat mempunyai potensi besar untuk diketengahkab sebagai salah satu produk pelancongan utama negeri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");