Isu Panas, Perak Hari Ini

GERAKAN Perak Yakin Sejarah PRU13 Tidak Berulang

IPOH: Tidak mahu sejarah kekalahan pada Pilihanraya Umum ke-13 berulang, parti Gerakan Perak nekad untuk melipatgandakan bagi menghadapi Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) yang dijangka diadakan selewat-lewatnya tahun hadapan.

Pengerusinya, Soo Kay Ping berkata, gerak kerja jentera parti sudah pun bermula sejak pasca pilihanraya yang lalu.

Katanya, GERAKAN juga sudah mengenalpasti beberapa calon yang mempunyai potensi untuk menang selain dikenali masyarakat.

“Bagi memastikan kemenangan, antara strategi kami ialah memperkukuh juga hubungan antara komponen-kompenen parti dalam Barisan Nasional (BN), khususnya UMNO.

“Ini kerana, kita tahu rakan UMNO kita merupakan parti yang lebih berpengalaman dan professional dalam menghadapi setiap pilihanraya di negara ini.

“Walau bagaimanapun, bagi kawasan-kawasan masyarakat Tionghoa (Cina), kami masih mempunyai strategi sendiri bagi memangi hati pengundi,” ujarnya ketika dihubungi Perak Today, hari ini.

Tambah Kay Ping, GERAKAN pada kali ini mensasarkan tiga kerusi Parlimen dan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Semalam, menerusi laporan media tempatan, Presidennya, Datuk Seri Mah Siew Keong telah mengumumkan bahawa GERAKAN bakal menampilkan hampir 60 peratus muka baharu dalam PRU14 nanti.

Katanya, kesemua senarai calon yang bakal diketengahkan pada PRU-14 sudah diberikan kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak, untuk pertimbangan lanjut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");