Isu Panas

Golongan Asatizah Punca Pas Jadi Parti Ekstrimis?

KUALA LUMPUR – Golongan ulamak dan asatizah yang tiba-tiba muncul dalam Pas sejak beberapa tahun didakwa menukarkan parti itu kepada sebuah parti ektrimis.

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad berkata, kemunculan golongan itu di tengah pelayaran Pas dalam arena politik menyebabkan masa depan parti itu tidak secerah dahulu.

Menurutnya, sikap golongan itu yang begitu terbawa-bawa dengan budaya daripada Timur Tengah, mempengaruhi pemikiran ahli dan pimpinan Pas sedia ada.

“Mereka ini adalah golongan yang baru pulang daripada melanjutkan pelajaran di Timur Tengah dan begitu taksub dan terbawa-bawa dengan cara di sana.

“Mereka cuba terapkan cara yang sama seperti di sana (Timur Tengah) kepada Pas dan inilah hasilnya,” katanya lapor Sinar Online.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan mana-mana individu yang dimaksudkan.

“Mereka ambil alih Pas dan tidak faham bagaimana untuk menggerakkan parti dalam sistem demokrasi berparlimen.

“Bila rakyat mengkritik mereka, mereka terus sahaja melabel rakyat dengan mengatakan rakyat cuba menjatuhkan kerajaan Islam,” katanya.

Khalid pada masa sama mengakui ia menjadi punca Ahli Parlimen Shah Alam itu meninggalkan Pas dan menyertai Amanah pada 2015.

“Untuk seketika, kita sudah berjaya bawa Pas keluar daripada pemikiran lama, namun ia tidak dapat bertahan.

“Kemunculan golongan ini memusnahkan apa yang telah dibina dalam Pas,” katanya.

Menurutnya, meskipun lebih tenang berada dalam Amanah, beliau tidak menafikan sayangnya kepada Pas belum pudar.

“Saya sudah lama bersama Pas, saya membentuk Pas sejak saya masih muda lagi. Sedih rasanya bila begini pengakhirannya.

“Selama ini, saya cukup jaga Pas, saya tatang betul-betul, namun dengan mudah golongan ini muncul dan menjadikan Pas sebagai parti terpinggir,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");