Membawang Hari Ini

Hafiz Hamidun Tunai Janji Pada Pelajar Cemerlang UPSR

PENYANYI dan komposer, Hafiz Hamidun menunaikan janjinya untuk menyumbangkan RM1,000 kepada setiap pelajar Sekolah Kebangsaan Changkat Jong, Perak yang berjaya memperolehi keputusan 6A dalam UPSR tahun ini.

Berdasarkan keputusan diumumkan semalam, seorang murid daripada sekolah lamanya itu berjaya mendapat 6A.

Mengikut perancangan, sumbangan dijanjikan itu akan disampaikan dalam satu majlis yang akan diadakan di sekolah tersebut hari ini.

Bagaimanapun, Hafiz tidak dapat hadir ke majlis tersebut atas urusan tidak dapat dielakkan dan mewakilkan ibunya, yang juga merupakan bekas guru sekolah itu untuk menyampaikan sumbangan tersebut.

Sebelum ini Hafiz pernah dijemput menghadiri satu majlis di sekolah itu untuk memberikan sedikit perkongsian berbentuk motivasi kepada murid-murid yang bakal menduduki UPSR beberapa bulan lalu.

“Selepas majlis tersebut, ada dalam kalangan mereka yang datang bertanya kepada saya, kalau mereka berjaya mendapat keputusan cemerlang, apakah ada hadiah yang akan diberikan kepada mereka.

“Bagi memberi galakan dan membakar semangat mereka untuk mencatat keputusan cemerlang, saya berjanji akan memberikan hadiah wang tunai RM1,000 kepada mereka yang memperoleh keputusan 6A.

“Jadi apabila keputusan UPSR diumumkan, saya pastinya bersedia menunaikan janji saya,” ujar Hafiz lapor Sinar Harian.

Semoga sumbangan tersebut dapat membantu murid cemerlang tersebut membuat persiapan bagi sesi persekolahan akan datang, dan diharapan Hafiz terus dimurahkan rezeki selepas ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");