Sukan Hari Ini

‘Hak Mutlak Saya Sebagai TMJ Raikan Kejayaan JDT’

“MERAIKAN kejayaan Piala Malaysia dimenangi Johor Darul Ta’zim (JDT) adalah hak mutlak saya sebagai Tunku Mahkota Johor (TMJ)”.

Demikian kenyataan yang dikeluarkan pemilik Kelab Bolasepak JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk membidas pandangan sesetengah pihak yang mempersoalkan kredibilitinya sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

“Hari ini ada orang mengatakan yang saya tidak boleh meraikan kejuaraan ini bersama Kelab JDT, oleh kerana saya ada Presiden FAM.

“Saya adalah Ismail Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan ia adalah hak mutlak saya untuk raikan bersama pasukan yang saya sayang dan rakyat-rakyat yang saya sayang.

“Tiada orang boleh mempertikaikan atau mempersoalkan perkara itu,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Kejuaraan Piala Malaysia di Dataran Bandaraya, di Johor Bahru, lapor Sinar Harian.

Pada majlis berkenaan, lebih 3,000 penyokong tegar pasukan berkenaan berhimpun bagi menyambut kepulangan wira-wira JDT bersama piala keramat yang sudah 26 tahun tidak dirangkul itu.

Tunku Ismail juga menzahirkan ikrarnya pada majlis itu yang mana mahu memastikan pasukan itu kekal sebagai pendominasi dalam koncah bolasepak tempatan dan sekitar rantau ini.

“Maklumlah, sekarang ini musim pun dah habis, dah tutup buku, jadi saya dan pasukan perlu bekerja lebih keras untuk menghadapi musim-musim akan datang.

“Perkara ini adalah untuk memastikan kami di JDT terus mendominasi era bolasepak moden di seluruh rantau Asia Tenggara ini mahupun arena tempatan,” katanya.

Dalam pada itu, ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga turut dilafazkan beliau kepada seluruh penyokong dan barisan pemain serta kejurulatihan JDT yang banyak membantu dalam mengembangkan era kegemilangan Harimau Selatan bagi tempoh empat tahun ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");