Perak Hari Ini

Hambur Kata Kesat Pada MB: Bukti Siapa Sebenarnya Kor Ming

IPOH: Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) Perak menggesa pihak polis mengambil tindakan tegas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kepayang, Nga Kor Ming, kerana didakwa membuat laporan palsu.

Pengerusinya, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib berkata beliau kesal dengan tindakan Kor Ming kerana menafikan tindakan itu sedangkan jelas, Pengerusi DAP Perak itu telah menghamburkan kata-kata kesat kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berdasarkan rakaman video penuh ceramahnya.

“Ucapan beliau yang kita ada ini, kita ambil daripada saluran YouTube Kor Ming sendiri iaitu Taiping kiniTV, dan mungkin ketika ini ianya telah pun dipadam.

“Walau bagaimanapun, kami sempat memperoleh video tersebut.

“Sekiranya pihak polis menginginkan salinan ini, saya sedia bekerjasama dan memberikannya,” katanya.

Tambah ADUN Slim itu, tindakan Kor Ming tersebut harus dihentikan kerana ianya hanya memberi gambaran buruk kalangan ahli politik negara kepada masyarakat, khususnya golongan generasi muda.

“Kita bimbang, kalau ada anak-anak muda yang mahu berjinak-jinak dalam dunia politk, namun akibat terlihat akan sikap pemimpin DAP itu, mereka akan tawar hati,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, hari ini.

Terdahulu media melaporkan, menerusi satu video rakaman ceramah pembangkang, ADUN DAP tersebut telah mengeluarkan kata-kata kesatnya serta menfitnah Zambry kononya anugerah Game Changer yang diterimanya daripada BrandLaureate adalah dibayar.

Atas sebab itu, seramai 7 badan bukan kerajaan (NGO) telah tampil membuat laporan polis, pada Isnin, yang terdiri daripada Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Perak, Parlimen Belia Malaysia Perak dan Nadi Rakyat.

Kor Ming kemudiannya tampil membuat laporan polis dan mendakwa kononya video beliau telah disunting dan menafikan yang beliau telah mengeluarkan kata-kata kesat di pentas ceramahnya dekat  Kampung Simee, Khamis lalu.

Semalam, Pemuda UMNO Perak juga tampil membuat laporan balas di Balai Polis Sungai Senam, dekat sini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");