Sukan Hari Ini

Hanya Gurauan Kasar Sahaja

PETALING JAYA: Penyokong Harimau Malaya tampil menjelaskan dakwaan kononnya mereka mencetuskan kekecohan dan mengamuk di Stadium I-Mobile, Thailand selepas Malaysia tewas 1-4 kepada Korea Utara pada aksi kelayakan Piala Asia 2019, Jumaat lalu.

Ultras Malaysia, kelab penyokong setia skuad kebangsaan menerusi Facebook UM’07 menafikan dakwaan tersebut.

Pengendalinya yang mengaku berada di lokasi kejadian bersama lebih 20 penyokong mendakwa mereka hanya melakukan ‘gurauan kasar’ terhadap pasukan kendalian Nelo Vingada.

“Suka admin katakan apa yang admin saksikan hanyalah satu gurauan kasar sahaja, tak nampak pun cubaan untuk cetus kekecohan dan aksi amukan dari penyokong Malaysia.

“Rasanya kalau penyokong marah atau mengamuk atau cuba cetuskan kekecohan, bukan macam semalam (Jumaat) caranya,” demikian menurut kenyataan itu lapor Mstar Online.

Jelasnya, dakwaan tersebut mungkin sengaja dibangkitkan individu tidak bertanggungjawab demi kepentingan pihak tertentu.

“Penyokong faham sahaja kalau masa diperlukan untuk membaik pulih landskap bola sepak Malaysia, penyokong tak bodoh jadi jangan perbodohkan mereka.

“Mungkin yang menyebarkan maklumat itu lupa atau mungkin mereka sengaja nak cetuskan situasi kekecohan itu, mungkin mereka nak lihat peristiwa 2015 berulang,” katanya.

Pada malam Jumaat lalu, lebih 20 penyokong Harimau Malaya menunggu berhampiran bas skuad kebangsaan di perkarangan stadium sambil berteriak memarahi pemain ketika mereka menaiki bas sejurus perlawanan tamat.

Mereka didakwa bertindak demikian kerana tidak berpuas hati dengan keputusan yang diraih pasukan kebangsaan pada perlawanan itu.

Kekecohan itu bagaimanapun terkawal dan ia berakhir selepas bas pemain beredar daripada kawasan stadium.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");