Berita Hari Ini

Harga Minyak Turun Juga Selepas 5 Minggu Naik

PUTRAJAYA – Harga runcit siling bahan bakar ditetapkan secara mingguan mulai 30 Mac lalu, dan bagi seminggu berikutnya menyaksikan semua jenis minyak turun juga setelah lima minggu naik.

Ia di luar jangkaan ekoran peningkatan harga minyak global selepas Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dilaporkan terus lagi mengurangkan pengeluaran bagi memastikan trend permintaan melebihi penawaran.

Menurut laporan Berita N5 yang disiarkan oleh stesen TV1 RTM pada jam 5 petang Rabu, harga siling terbaharu bagi produk RON 95 turun lapan sen kepada RM2.30 seliter berbanding RM2.38 seliter pada minggu sebelumnya.

Manakala had harga runcit untuk petrol premium jenis RON 97 pula dalam tempoh seminggu akan datang juga ditetapkan jatuh lapan sen kepada RM2.58 seliter, daripada asalnya iaitu RM2.66 seliter pada minggu terdahulu.

Dalam pada itu pula, harga runcit baharu untuk minyak diesel sepanjang tempoh tujuh hari yang sama diumumkan merosot dua sen sahaja kepada RM2.23 seliter, berbanding cuma RM2.25 seliter ketika tempoh minggu sebelumnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");