Perak Hari Ini

Hospital Di Perak Terima 28 Ambulans Baru

IPOH: Sebanyak 28 ambulans baru yang diterima Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) hari ini, akan diagihkan kepada hospital di Perak bagi mempertingkatkan mutu perkhidmatan kepada orang awam.

Majlis penyerahan diadakan di Hotel Seri Malaysia di sini dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Integrasi Nasional negeri Datuk Dr Mah Hang Soon.

Menurut Mah Hang Soon, 28 ambulans yang diterima adalah terdiri daripaa 19 buah dengan fungsi terkini jenis A ‘advanced’ dan 9 buah lagi jenis B ‘basic’ yang dilengkapi dengan kemudahan serta kelengkapan perubatan canggih dan baru.

“Bagi jenis A, pesakit yang menghidapi penyakit jantung boleh terus mendapatkan rawatan kecemasan dalam ambulans tersebut tanpa perlu melalui wad kecemasan jadi ia akan menjimatkan masa bagi merawat pesakit.

“Ketika ini terdapat 181 buah ambulans meliputi sebanyak 95 buah ambulans ditempatkan di 15 hospital di seluruh negeri Perak manakala selebihnya 86 buah ambulans ditempatkan di Klinik-klinik kesihatan,” katanya.

sdr

Katanya lagi, selain daripada 28 biji ambulans yang diterima hari ini terdapat 27 ambulans lagi akan diserahkan kepada pihak klinik kesihatan pada tahun hadapan yang akan diagihkan secara berperingkat.

“Setakat ini Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRBP) setakat ini 17 buah ambulans berfungsi dan ditambah dengan tiga ambulans baharu menjadikan jumlah keseluruhannya 20 buah ambulans,” katanya.

cof

Jelas Mah lagi, keperluan alat bagi rawatan kecemasan yang terdapat di wad kecemasan kini disediakan di dalam setiap ambulans jenis A yang diterima hari ini.

“Ini merupakan perancangan serta usaha kerajaan bagi menaiktaraf perkhidmatan kemudahan kesihatan dan ia adalah sebahagian daripada usaha tersebut,” katanya.

Beliau terdahulu melawat dan meninjau sendiri secara dekat kesemua 28 ambulans yang diterima hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");