Perak Hari Ini

Hospital Taiping, Persis Bantu Mangsa Banjir Pulau Pinang

IPOH:Seramai 15 orang pegawai Hospital Taiping dan ahli Persatuan Islam Jabatan Perubatan, Kesihatan dan Pergigian Taiping (PERSIS) telah menjalankan misi bantuan banjir ke Kampung Nyior Sebatang, Tasek Gelugur, Pulau Pinang hari ini.

Sebanyak 80 bungkusan bantuan barangan keperluan harian seperti beras, gula, garam, minyak masak, kicap, biskut, dan kek telah diedarkan kepada mangsa-mangsa banjir.

Menurut Pengarah Hospital Taiping,Dr. Narimah Yusof berharap konvoi yang bergerak ke lokasi terjejas dapat menyampaikan sumbangan seperti yang diharapkan.

“Saya berharap konvoi ini berjaya menyampaikan sumbangan dan menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Pulau Pinang,” katanya semasa menyampaikan ucapan pada acara pelepasan konvoi misi bantuan di lobi Hospital Taiping pagi tadi.

Terdahulu di Kepala Batas, kumpulan konvoi bantuan banjir ini telah bertemu dengan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, & Integrasi Nasional Negeri Datuk Dr. Mah Hang Soon.

Mah turut mengucapkan terima kasih kepada pihak konvoi Hospital Taiping kerana telah bersama-sama turun padang mewakili Jabatan Kesihatan Negeri Perak bersama 15 kakitangan JKN Perak,Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh (HRPB) dan wakil Pejabat Kesihatan Daerah Kerian bagi menyalurkan kepada mangsa banjir.

“Semoga usaha murni ini dapat diteruskan pada masa akan datang kepada golongan yang memerlukan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");