Berita Hari Ini

Hujan Meteor 13 Dan 14 Disember Ini

KUALA LUMPUR – Orang ramai berpeluang melihat fenomena hujan meteor yang bakal berlaku di Malaysia pada 13 dan 14 Disember ini.

Ketua Penolong Pengarah Planetarium Negara, Mohd Zamri Shah Mastor berkata, fenomena yang dikenali sebagai hujan meteor Geminids itu akan menyaksikan kira-kira 120 meteor sejam semasa ia mencapai tahap maksimum yang dapat dilihat menggunakan mata kasar bermula 9 malam pada 13 Disember hingga 6 pagi pada 14 Disember depan.

“Sebanyak dua meteor dijangka muncul di langit setiap seminit lalu menjadikan kira-kira 120 meteor dapat dilihat dalam tempoh sejam.

“Titik asal pancaran hujan meteor ini berpunca daripada buruj Gemini di langit utara apabila bumi merempuh banyak debu di angkasa lepas di bekas laluan asteroid 3200 Phaethon yang menyebabkan fenomena itu berlaku,” katanya lapor Bernama hari ini.

Katanya, Bukit Fraser dan Teluk Kemang di Port Dickson adalah antara lokasi yang baik bagi orang ramai menyaksikan fenomena ini.

Selain itu, Mohd Zamri berkata, fenomena itu boleh dilihat dengan lebih jelas di lokasi gelap dan kurang bercahaya seperti kawasan pedalaman, pinggir hutan dan juga tepi pantai yang jauh daripada sumber pencemaran cahaya.

“Orang ramai yang mahu pergi ke kawasan gelap untuk melihat fenomena itu harus berwaspada dan menjaga keselamatan diri bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku,” tambahnya.

Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh menghubungi Planetarium Negara di talian 03-22734303.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");