Jenayah

Ibu Hamil Tiga Bulan Maut Digilis Lori Di Rawang

RAWANG: Seorang ibu hamil tiga bulan maut digilis lori di persimpangan M-Residence, Bandar Tasik Puteri Rawang malam tadi.

Nahas sekitar jam 7 malam itu berlaku ketika mangsa yang menaiki motosikal dalam perjalanan pulang ke rumahnya di blok 26, berdekatan taman perumahan terbabit.

Difahamkan lori tanah berkenaan membuat ‘pusingan u’ sebelum menggilis mangsa lapor Astro Awani.

Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Mangsa dikenali sebagai Noorazlia Idris, 26, bertugas sebagai jururawat di sebuah pusat dialisis di sini.

Polis mengambil keterangan pemandu lori berkenaan dan mengarahkan dia menjalani ujian saringan air kencing.

Kes disiasat mengikut seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");