Berita Hari Ini

India Sembunyi Pengemis, Anjing Geladak

NEW DELHI – INDIA. Bandar Hyderabad di India, mengasingkan pengemis dan anjing geladak sebagai persiapan menyambut kedatangan Ivanka Trump, anak perempuan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, untuk menghadiri Sidang Kemuncak Keusahawanan Global.

Ratusan pengemis diasingkan pihak berkuasa untuk menyembunyikan keadaan sebenar bandar itu, sebelum berlangsungnya sidang kemuncak anjuran bersama India dan AS, dari 28 hingga 28 November ini.

Sidang kemuncak yang dijadual dirasmikan Perdana Menteri India, Narendra Modi itu, bakal disertai kira-kira 1,500 pemimpin perniagaan wanita dan selebriti.

Ivanka Trump, 36, akan mengetuai delegasi pegawai dan usahawan AS serta menyampaikan ucaptama lapor Bernama.

Menurut laporan media tempatan, Hyderabad ibu negeri Telangana amat berhati-hati untuk mempersembahkan imej bandar raya yang baik, kerana kebiasaannya aktiviti pengemis merupakan pemandangan biasa di bandar-bandar India, yang dianggap sebagai gangguan terbesar.

Pihak berkuasa Telangana memindahkan 1,000 pengemis ke pusat pemulihan, menurut laporan.

Selain itu, pihak berkuasa perbandaran turut menangkap anjing geladak di kebanyakan kawasan di bandar, lapor akhbar Hyderabad Deccan Chronicle.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");