Berita Hari Ini

Isarael Ada Hubungan Sulit Dengan Arab Saudi?

BAITULMAQDIS: Seorang menteri Kabinet Israel mendakwa negara itu mempunyai hubungan sulit dengan Arab Saudi.

Memetik laporan BH Online, menerusi Reuters, pendedahan pertama itu dilakukan seorang pegawai kanan dari salah sebuah negara yang sudah lama bekerjasama dalam diam, pada ketika kebimbangan terhadap pengaruh Iran kian memuncak.

Menerusi satu temu bual di Radio Tentera, Steinitz, ahli kabinet keselamatan Netanyahu, tidak menjelaskan atau memperincikan hubungan ketika ditanya mengapa Israel menyembunyikan hubungan dengan Arab Saudi.

“Kami mempunyai hubungan yang kebanyakannya dirahsiakan dari negara Islam dan Arab. Kebiasaannya kami berada di pihak yang tidak mahu berselindung,” katanya.

Kerajaan Arab Saudi tidak memberi sebarang reaksi terhadap kenyataan Menteri Tenaga Israel, Yuval Steinitz.

Pada masa sama, jurucakap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu juga tidak memberi sebarang reaksi selepas diminta memberi komen.

Arab Saudi dan Israel melihat Iran sebagai ancaman utama kepada negara di rantau Asia Barat.

Ketegangan yang kian memuncak antara Tehran dan Riyadh menyemarakkan lagi spekulasi Israel dan Arab Saudi berkongsi kepentingan serta memaksa mereka untuk bekerjasama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");