Perak Hari Ini

Isu MB Inc: “Sila Tunjuk Bukti Sebelum Tuduh”

IPOH:”Orang yang mendakwa perlu membawa bukti dan tunjukkan, jangan hanya cakap kosong,” demikian tegas Exco Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid terhadap isu berkaitan Perbadanan Menteri Besar (MB Inc) Perak pada sesi persidangan dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Terdahulu ADUN Changkat Jering, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin pada sesi perbahasan telah mengemukakan beberapa isu mengenai perbadanan tersebut termasuk satu projek mega iaitu Bandar Tasik Amanjaya (BTA) yang didakwa masih tergendala.

Tegas Zahir dakwaan tersebut membuatkan pihak pembangkang ketandusan idea dengan menimbulkan isu yang sama.

“Dakwaan yang dibawa oleh Adun Changkat Jering bahawa MB Inc membuat bayaran terhadap penganugerahan Brandlaurette namun sebenarnya tiada sebarang bayaran yang dibuat.

“Kita bukan menafikannya tetapi semua pihak termasuk pihak Brandlaurette sendiri telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenainya.

“Saya minta bukti, mereka tidak boleh bawa dakwaan tanpa menunjukkan bukti namun apa sahaja yang ditunjukkan kepada semua kelak pihak MB Inc akan membuat laporan Polis kerana ia adalah dokumen palsu memalsukan dokumen atas nama MB Inc,” katanya.

Sementara itu, dakwaan berkaitan BTA juga tergendala berikutan ia masih dalam proses mahkamah dan perundangan yang masih berjalan hingga ke hari ini.

“Kita syarikat milik kerajaan, mengubal undang-undang, luluskan undang-undang, daulatkan undang-undang tetapi mereka yang berkepentingan ini ambil kesempatan makan keliling hasut supaya mereka melawan dan dalam masa yang sama mempertikaikan pembangunan yang terbengkalai

Ini semua taktik lama jika kita mahu bawa pembangunan mereka cuba sabotaj proses pembangunan kita jika lewat mereka terus pertikaikan,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

“Kita entiti kerajaan jadi perlu mengikut lunas undang-undang apa yang dibuat namun pihak pembangkang terus meminta akaun MB Inc dibentangkan pada sesi dewan namun tidak ada keperluan dari segi undang-undang bagi MB Inc bentangkan akaunnya dalam dewan.

“MB Inc bukannya tidak ada sistem, tetap ada undang-undang syarikat dan akaun sememangnya wujud namun tidak dibentangkan kita faham pembangkang tidak ada isu dan terdesak cari apa sahaja isu untuk boleh dibawa ke dewan,” katanya lagi.

Terdahulu sidang dun kecoh dengan pergaduhan mulut antara ADUN Changkat Jering, dan Zahir apabila isu MB Inc dikemukan dalam sesi sidang dewan hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");