Perak Hari Ini

Jangan Jadi Peniaga ‘Lintah Darat’-KPDNKK

Selama-Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan sewenang terutama di negeri terjejas banjir.

Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, peniaga yang didapati menaikkan harga barang ketika waktu bencana ini boleh dilabelkan sebagai ‘lintah darat’ iaitu pengkhianat kepada rakyat.

Sebaliknya katanya, peniaga hendaklah bersedia membantu rakyat dan tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barang sesuka hati.

“Peniaga sepatutnya bekorban untuk membantu mereka yang menghadapi bencana banjir seperti kejadian banjir yang berlaku di Kelantan dan Terengganu.

“KPDNKK yang dipertangungjawabkan membantu dalam memastikan bekalan barangan keperluan kepada mangsa banjir mencukupi di negeri berkenaan,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Program Berkhatan Perdana Parlimen Larut di pekarangan Hospital Selama di sini hari ini.

Beliau turut meminta agar peniaga tidak menaikkan harga barang terutama melibatkan negeri yang terjejas dilanda bencana banjir bagi mengurangkan bebanan ditanggung mereka.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");