Membawang Hari Ini

‘Jangan Panggil Saya ‘Bimbo’’

TENTUNYA ramai dalam kalangan khalayak pernah atau setidak-tidaknya tahu tentang drama komedi Girlfriend Aku Dari Neraka yang pernah popular beberapa bulan lalu.

Pastinya antara adegan yang masih segar dalam ingatan penonton ialah teletah lucu watak Lidya.

Dilakonkan dengan cemerlang, Lidya ialah karakter seorang wanita ‘bimbo’ yang sering menimbulkan huru-hara kerja lakonan Sharifah Sakinah,lapor Kosmo!.

Dalam ‘kamus’ generasi baharu, bimbo merupakan gambaran wanita muda yang menarik tetapi kurang kematangan.

Bukan itu sahaja, wanita yang begitu popular dengan karakter bersahaja dan suka melawak ketika di luar drama menguatkan lagi tanggapan penonton bahawa pemilik nama Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired secara realitinya benar-benar berperwatakan sedemikian.

“Jangan panggil saya ‘bimbo’. Saya memang marah sangat jika ada peminat yang melabelkan saya sedemikian.

“Fungsi saya dalam dunia hiburan ini bukan ‘bimbo’ semata-mata. Selepas ini saya tidak mahu lagi mengambil karakter sebegitu” tegasnya yang ditemui semasa majlis pelancaran duta produk penjagaan kulit Natasha di Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ironinya, Sakinah bukanlah ‘gila-gila’ seperti disangka. Tegas wanita itu, dia hanya menjayakan watak seperti yang diberi oleh pengarah, Dira Abu Zahar.

Namun, sebagai seorang pelakon, akui Sakinah, dia tetap tidak boleh lari daripada membawakan karakter berunsurkan komedi.

Berkongsi perkembangan terkini, Sakinah kini sibuk di lokasi penggambaran drama Suamiku Mat Piun lakonan bersama Along Raja Lawak dan Mark Adam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");