Membawang Hari Ini

“Jangan Rumitkan Lagi Keadaan” – Janna Nick

DRAMA adaptasi K-Drama Coffee Prince sebelum ini menjadi topik perbualan hangat netizen walaupun belum lagi ditayangkan di televisyen.

Proses pengambaran drama bersiri itu juga tidak terlepas daripada berita-berita tular, seperti babak ‘bercium’ antara teraju utamanya iaitu Janna Nick dan Fattah Amin.

Kedua-dua rakan baik itu menafikan mereka bercium dan gosip itu pun berlalu begitu sahaja, namun dengar-dengarnya berlaku perselisihan faham antara mereka berdua.

Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner mengakui tentang berita itu. Katanya perselisihan faham yang timbul berlaku ketika pengambaran drama arahan Michael Ang tersebut.

“Biasalah, apabila kita sudah bekerja hingga ke lewat pagi, badan pun sudah penat, jadi timbul sedikit salah faham antara saya dengan Fattah. Namun kami sudah berbincang secara baik untuk menyelesaikan kekeliruan itu,” katanya dipetik BH Online.

Namun, pelakon 22 tahun ini menjelaskan salah faham itu sudah diselesaikan dengan baik antara kedua-dua belah pihak.

Janna turut berharap agar pihak yang tidak berada di tempat kejadian semasa perselisihan faham itu timbul tidak melaga-lagakan mereka dengan menokok tambah cerita yang akan memburukkan lagi keadaan.

“Saya berharap mereka di luar sana yang tidak berada di tempat kejadian usah merumitkan lagi keadaan kerana kami berdua duduk membincangkan perkara ini secara matang.

“Lagipun, masih banyak kerja yang perlu kami lakukan bersama. Saya sendiri tidak mahu mengeruhkan keadaan dengan mengulas lebih lanjut mengenai perkara ini,”ujarnya.

Betul juga kata Janna itu. Mereka berdua bukan hanya bergandingan dalam drama tersebut, sebaliknya turut terlibat dalam acara Toyota Gazoo Racing Malaysia.

Jadi, seeloknya perkara yang berlaku diselesaikan dengan baik dan secepat mungkin supaya kedua-duanya boleh fokus dengan kerjaya masing-masing.

Selain Janna dan Fattah, drama Coffee Prince versi Malaysia ini dibarisi pelakon popular seperti Diana Danielle, Fahrin Ahmad, Daiyan Trisha dan ramai lagi.

Drama tersebut akan ditayangkan bermula 27 November pada pukul 10 malam di saluran Astro Ria dan Ria HD. – MYNEWSHUB.CC/SA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");