Isu Panas

‘Jangan Sentiasa Nak Berpolitik Sepanjang Masa YB’

KUALA LUMPUR – Pihak pembangkang berterusan menpertikaikan keputusan undian belah bahagian Rang Undang-Undang Perbekalan 2018 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di Parlimen, hari ini.

Susulan itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengingatkan mereka supaya tidak berpolitik sepanjang masa.

“Saya minta Yang berhormat (YB) semua janganlah nak berpolitik sepanjang masa.

“Saya buat keputusan mestilah berdasarkan ‘wide-angle’, tidak bolehlah nak fokus pada satu pihak sahaja,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Terdahulu, suasana ‘kecoh’ apabila Dewan Rakyat meluluskan Bajet 2018 KPDNKK bagi peringkat jawatankuasa dengan majoriti hanya satu undi.

Bajet peringkat jawatankuasa diluluskan dengan 52 Ahli Parlimen mengundi untuk menyokong manakala 51 yang lain membantah.

Susulan itu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Sri Azalina Othman Said mendakwa pembangkang seperti tidak boleh menerima keputusan tersebut apabila menimbulkan kekecohan di dalam Dewan Rakyat walaupun Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee telah memutuskannya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");