Sukan Hari Ini

JDT Miliki Keyakinan, Kedah Waspada Sentuhan Individu Lawan

PERLAWANAN akhir Piala Malaysia bukan lagi sekadar pertemuan boleh menang, malah menjadi senario bersifat kemestian buat Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dilimpahi pemain berstatus bintang sekaligus menambah kehangatan pertembungan memandangkan Kedah punya aspirasi untuk mengekalkan kejuaraan.

JDT sebagai nafas bola sepak Johor sudah membuktikan mereka dalam kelas tersendiri menjelang sepak mula di Stadium Shah Alam, malam ini

Menurut portal Stadium Astro, mereka mungkin tidak memerlukan Piala Malaysia untuk memperkukuhkan hakikat itu. Tetapi, tidak dinafikan juga tambahan Piala Malaysia dalam koleksi kejuaraan Harimau Selatan akan terus meletakkan mereka sebagai yang terbaik.

“Menjelang aksi final, yang penting kami berada dalam keadaan yang baik kerana kami memiliki pemain terbaik. Kami juga mahukan kemenangan, kami akan bermain untuk menang,” kata pengendali JDT dari Portugal, Ulisses Morais.

Antara faktor yang menyaksikan JDT konsisten sepanjang musim ini adalah perincian rapi barisan kejurulatihan. Perincian itu termasuk mengkaji kelemahan lawan meskipun Kedah memiliki kualiti.

“Kami sudah tahu kelebihan dan kekurangan Kedah. Mereka juga mungkin berfikiran sama tentang kami.

“Positif atau negatif, kami juga sudah mengenal pasti apa yang perlu kami perbaiki, itu juga sebahagian daripada strategi kami,” katanya.

Misi tetap sama untuk menjulang Piala Malaysia tetapi yang berbeza adalah tanggungjawab Nidzam Adzha Yusoff sebagai pemain suatu ketika dahulu pada 1993 manakala kini selaku pengendali Hijau Kuning.

Aura bergelar juara pernah dikecapinya 24 tahun lalu sebagai pemain dan dia kini menganggap adalah satu tugas berat di atas bahunya sebagai jurulatih untuk membawa pasukan pula merealisasikan misi mengekalkan kejuaraan.

“Sudah tentu tanggungjawab saya pada kali ini lebih berat kerana perlu memikirkan dalam semua sudut.

“Semasa bergelar pemain, saya hanya fokus kepada permainan di atas padang. Tetapi, final kali ini lebih berat kerana saya perlu memikirkan aspek sebelum perlawanan dan apa yang berlaku semasa perlawanan untuk membuat penyesuaian dengan segera,” katanya.

Kurang daripada 30 jam sebelum sepak mula, tiada lagi tekanan yang harus membelenggu pasukan Kedah, sebaliknya adalah lebih baik jika perlawanan itu dinikmati sebaik mungkin.

“Sudah tentu, JDT sebagai pasukan pilihan mempunyai kekuatan tersendiri, seimbang di semua posisi.

“Pemain pasukan lawan mempunyai kualiti skil individu.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");