Sukan Hari Ini

Johor Belum Buat Keputusan Habuan Juara Piala Malaysia

KERAJAAN Johor akan mengumumkan ganjaran kepada pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) atas kejayaan membawa pulang Piala Malaysia, Rabu ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perincian mengenai ganjaran itu akan dibincangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, 8 November depan.

“Tahniah untuk pasukan JDT atas kemenangan malam tadi, Johor amat berbangga dengan pasukan dan kita percaya bahawa kemenangan itu juga disumbang oleh penyokong setia daripada Sultan Johor hingga ke rakyat jelata

“Tidak dinafikan juga peranan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai penggerak JDT,” katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran Jentera IT Puteri Umno Johor di sini, hari ini lapor Sinar Harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");