Berita Hari Ini

Jual Tanah Pada Kroni Umno… Saya Tak Tahulah

KUALA LUMPUR – Kementerian Wilayah Persekutuan menafikan tanah asal Jabatan Kesihatan Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dijual kepada kroni Umno pada harga rendah dari pasaran.

Timbalan Menterinya, Senator Datuk Dr J Loga Bala Mohan berkata, tanah yang dijual adalah mengikut harga pasaran dengan tambahan 20 peratus.

“Jual kepada kroni…saya tak tahulah… DBKL pun tak tahu dan tak ada data tu.

 “Data tu Cheras saja yang ada,” katanya menjawab soalan tambahan dari Tan Kok Wai (DAP-Cheras) mengenai tanah asal tapak projek itu dijual kepada Jakel Trading Sdn Bhd pada kadar rendah dan ia sudah diketahui Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Loga Bala Mohan berkata, perkara itu hanyalah tuduhan daripada DAP.

“Ia dijual pada harga yang sama dengan pasaran dengan tambahan lagi, bukan rendah seperti didakwa,” ujarnya.

Katanya, DBKL pada masa kini dalam rangka menyiapkan projek Pejabat Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar yang sudah terlewat 47 hari.

“Kelewatan berlaku adalah disebabkan oleh adanya kerja-kerja tambahan yang terdiri dari pertambahan kuantiti pemotongan dan pemindahan pokok, pertambahan pemotongan dan pembuangan keluar tanah serta penambahan kedalaman cerucuk mengikut keadaan tanah.

“Ada pertambahan kos iaitu RM729,236.00 iaitu 2.09 peratus. Tiada penangguhan dibuat ke atas projek ini dan berdasarkan jadual pembinaan yang terkini, projek dijangka akan siap pada bulan April 2018,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");