Perak Hari Ini

Kaki Tersepit Di Antara Penutup Besi Longkang

MANJUNG: Seorang wanita terpaksa menanggung kesakitan hampir 30 minit akibat terjatuh hingga mengakibatkan kakinya tersepit pada jaring besi penutup besi longkang petang tadi.

Menurut sumber jurucakap Jabatan Bomba Dan Penyelamat Perak panggilan kecemasan diterima pihaknya sekitar jam 5.05 petang tadi

“Penyelamat mendapati kaki kiri mangsa tersepit pada celahan penutup besi longkang kerana terjatuh,” kata sumber.

Pihak penyelamat katanya telah menggunakan peralatan khusus bagi mengeluarkan kaki mangsa sehingga berjaya dan kemudiaanya mangsa dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS.

Operasi yang diketuai oleh PBK I Ismadi Darusman tamat sekitar jam 5.30 petang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");