Jenayah

Kalau Tak Berpuas Hati, Jangan Buat Tindakan Sendiri

SHAH ALAM – “Kalau tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara, maklumlah kepada polis atau agensi penguat kuasa lain untuk tindakan, usah buat tindakan sendiri,” tegas Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kejadian seorang lelaki yang bertindak menyembur cecair ke muka anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) kerana tidak berpuas hati apabila tayar keretanya dikunci, di hadapan sebuah restoran di Bandar Puteri Puchong, 7 November lalu.

Menurutnya, masyarakat kini dilihat sering bertindak sendirian dan seolah-olah tidak tahu adanya undang-undang.

“Usah buat tindakan sendiri, bila kita tangkap nanti usah salahkan kita pula. Bila penguat kuasa jalankan tugas, mereka ada undang-undang.

“Jadi kenalah faham..masyarakat mestilah faham. Inilah perkara yang harus difahamkan dalam undang-undang,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Himpunan Bulanan Ketua Polis Selangor, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, hari ini lapor Sinar Harian.

Tambah Mazlan, dalam hidup kemasyarakatan haruslah ada peraturan dan prosedur, jika tidak huru-hara nanti.

Katanya, usah cabar pihak berkuasa, bila ditangkap, dipenjara dan sebagainya jangan salahkan orang lain pula.

Kejadian berlaku kira-kira jam 12.40 tengah hari, ketika anggota penguat kuasa itu sedang menjalankan operasi kunci tayar di lokasi berkenaan sebelum mendapati sebuah kereta jenis Honda City berwarna putih diparkir bukan di tempat letak kereta.

Kesalahan itu menyebabkan anggota berkenaan dan rakannya mengunci tayar kereta terbabit sebelum tiba-tiba sepasang suami isteri datang memarahi anggota terbabit dan bertindak agresif.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");