Perak Hari Ini

“Kami Mahu Megoplex Medan Gopeng Terus Kekal”

IPOH: “Kami mahu Megoplex terus kekal beroperasi, kata wakil kepada peniaga di Megoplex Mat Ariffin Jaladri mengenai isu penutupan sementara bangunan pasaraya tersebut.

Mat Ariffin Jaladri

Jelas Mat Ariffin peniaga menerima notis penutupan pada 15 November lalu yang bertarikh 1 November 2017 notis dua bulan dengan klausa (3K) dua bulan notis penutupan tanpa sebab secara bertulis.

“Pelbagai kenangan di Megoplex ini malah ia mempunyai identitinya sendiri, pihak pengurusan bangunan hanya perlu membaikpulih dan mengindahkan lokasi perniagaan tidak perlu menutupnya,” katanya yang ditemui pihak Peraktoday hari ini.

Katanya lagi, bagaimanapun pada 17 November lalu, sebahagian peniaga mendapat surat tawaran bagi menjalankan perniagaan di lokasi baharu di Kompleks Silveritage Galleria (KSG) di Medan Gopeng di sini berhampiran bangunan Megoplex.

“Pada Ogos pasaraya Billion Mart telah keluar dan pihak pengurusan memberi jaminan tiada penutupan tetapi kini kami dapat notis penutupan dua bulan.

“Megoplex satu-satunya menempatkan bangunan majoriti bumiputera telah beroperasi sejak 31 Ogos 1998 lebih 18 tahun peniaga jalanan dahulunya hingga berjaya menjadi usahawan lebih berjaya jadi kami harap ia tidak ditutup,” katanya.

Jelasnya matlamat Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) bagi melahirkan usahawan Perak yang berdikari telah tercapai dengan penubuhan Megoplex namun tindakan penutupannya disifatkan langkah berundur ke belakang kerana bangunan ini telah terbukti beroperasi dengan baik sejak 18 tahun serta menjadi tumpuan pelanggan tetap terutama pada musim perayaan.

“Lif rosak sejak September lalu hingga kini, tiada sebarang tindakan telah mejejaskan pelanggan dan peniaga sendiri malah penghawa dingin dikurangkan di luar legar pasaraya adakah ini langkah desakan secara halus kepada kami?

“Kami sama sekali tidak berminat berniaga kerana seperti yang dijangka lokasi baru merupakan pusat kraftangan dan pelancongan negeri Perak adakah sesuai menempatkan produk kami disana? malah prasarana juga tidak lengkap dan peniaga perlu mengubahsuai sendiri bagi mendapatkan kelengkapan asas,” katanya.

Katanya, tiada sebarang perbicangan dijalankan oleh pihak pengurusan dan peniaga sehingga surat notis penutupan diterima.

“Bagaimana kami mahu habiskan stok dalam masa dua bulan dan dikhuatiri lokasi baru akan mengambil masa untuk memulakan semula perniagaan kami dalam minimum lima tahun.

“Mereka perlu buat dahulu kaji selidik berbincang secara baik sama ada kami dan pelanggan sendiri setuju untuk bertukar lokasi tapi kami hanya dapat notis dua bulan,” katanya.

Malah katanya yang merupakan peniaga terawal yang memulakan perniagaan di Megoplex sejak ia dibuka pada tahun 1998 pastinya berat untuk meninggalkan bangunan tersebut yang cukup memberi pelbagai nolstagia buat dirinya.

“Malah menerusi surat tawaran tidak dinyatakan sewa percuma selama enam bulan hanya lisan sahaja dan hanya ditulis kadar sewa sama dengan kadar sewa sekarang bagi tempoh setahun bermula 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2018.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");