Jenayah

‘Kantoi’ Berjudi Sabung Ayam

PENAMPANG: Seramai 19 individu termasuk seorang wanita ditahan dipercayai terbabit dalam aktiviti perjudian sabung ayam di sebuah kampung di Jalan Putatan, di sini, malam tadi.

Dalam serbuan jam 11.50 malam, polis merampas 38 ekor ayam dan wang tunai RM3,156 dipercayai digunakan untuk kegiatan perjudian terbabit.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, Asisten Superintendan Rajendran Yalamalai, berkata serbuan dilakukan selepas pihaknya melakukan risikan dua jam di lokasi itu.

“Setiap pertaruhan mengambil masa selama 15 minit dengan pertaruhan mencecah sehingga RM2,000,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan.

Rajendran berkata, berdasarkan siasatan awal, kegiatan sabung ayam dijalankan sejak tiga bulan lalu dan dipercayai mereka mempunyai ‘group WhatsApp’ bagi memaklumkan setiap pertaruhan dijalankan pada hujung minggu.

“Dalam serbuan itu, semua suspek ditahan termasuk seorang wanita yang berperanan sebagai penganjur adalah berusia antara 26 hingga 66 tahun,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Pertaruhan dan Seksyen 3(1) Penganiayaan Terhadap Binatang 1953.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");